Wednesday, 11 January 2017

17 Tempat Makan Yang Sedap Di Penang Anda Patut Pergi


#1 Hameediyah Beriani

Kedai ini terletak di 164 Lebuh Campbell. Antara kedai makan yang sudah wujud lama di Penang sebelum revolusi makanan rakyat Malaysia bermula. Di sini, apa yang patut anda cuba adalah Nasi Berianinya. Murtabak juga antara menu wajib cuba di sini.

#2 Laksa Pokok Janggus Kampung Perlis Balik Pulau

Laksa Pokok Janggus Balik Pulau
Laksa sememangnya terkenal di Pulau Pinang. Jika di Pulau Pinang, kedai Laksa Pokok Jangguslah yang disyorkan untuk anda terjah. Menu lain yang boleh dicuba di sini adalah ABC.

#3 Astaka Taman Tun Sardon

Nasi Lemuni Astaka Taman Tun Sardon
Serabai Astaka Taman Tun Sardon
Jika anda ingin bersarapan di Penang, tempat ini sangat disyorkan. Pelbagai menu boleh anda cari di sini. Apa yang disyorkan kami di sini adalah ‘Serabai’. Makanan sarapan yang unik di astaka ini.
Serabai? Tidak pernah dengar, ini lagilah menyebabkan anda wajib mencubanya pada tahun ini. Anda boleh juga mencuba roti canai di sini. Tidak mengecewakan dan sedap.
Kepada yang ingin mencuba nasi lemuni, Astaka Taman Tun Sardon juga menyediakannya.

#4 Cargas Cafe Bayan Lepas

Cargas cafe
Cargas Cafe
Mungkin ramai tidak tahu tentang kedai ini. Tetapi, bagi pekerja kilang atau mereka yang bekerja berdekatan pekan Bayan Lepas, mungkin nama ini tidak asing.
Apa yang istimewa? Kari ikan, sotong sambal dan ayam gorengnya. Jangan marah jika anda sampai pada pukul 2 petang dan lauk suda tiada. Kari ikan pari/atau gulai ikan parinya antara menu yang wajib anda ambil. Ayam gorengnya memang tidak pernah kekal lama di para.

#5 Restoran Sup Hameed

Restoran Sup Hameed
Jika anda ingin mencari sup yang digemari ramai, mungkin anda boleh singgah makan di  Restoran Sup Hameed. Gelaran ‘best soup in town ‘ antara gelaran yang diberikan kepada mereka. Untuk mencarinya pula tidak susah, terletak di Jalan Penang berdekatan Sekolah Convent. Alamat tepat 48, Jalan Penang, George Town, Pulau Pinang.
Sudah semestinya menu sup adalah disyorkan.

#6 Kapitan Restaurant

Kapitan Restaurant
Nasi Kapitan Restaurant
Kepada peminat Tandoori, mari kita terjah restoran ini yang terletak di Jalan Chulia Georgetown . Menu yang anda boleh cuba ialah Beriani Claypot dan Tandoori. Mesti tidak tidur malam angau esoknya. Roti nan dan tandoori juga antara menu kesukaan pelanggan.

#7 Cucur Udang Chowrosta

Cucur Udang Chowrosta
Cucur udang disini memang lain dan antara paling sedap kami pernah cuba dalam Malaysia. Tidak percaya? Cubalah datang ke sini. Memang sedap. Kami tak tipu. Sambil-sambil tu, anda bolehlah memesan sirap campur iaitu campuran kelapa, sirap dan biji selasih. Memang terangkat.
Cuma satu sahaja kurang menarik, agak lama untuk mendapat pesanan makanan. Semoga pakcik penjual dapat mendengar keluahan hati ini.

#8 Nurul Ikan Bakar, Bayan Baru

nurul ikan bakar
Jika anda mencari tempat makan ikan bakar yang menarik. Apa kata anda jengah ke kedai ini. Berdekatan dengan lebuhraya pantai Pulau Pinang. Queensbay antara landmark yang berdekatan. Terdapat beberapa kedai bakar di sini. Kedai Nurul antara yang menjadi pilihan kami.
Anda boleh memilih untuk makan di dalam ataupun lepak di luar di bawah redupan pokok. Memang layan.

#9 Nasi Kandar Kampung Melayu

Nasi Kandar Kampung Melayu
Nasi Kandar Kampung Melayu
Lain orang lain rasanya. Ramai lebih menyukai nasi kandar Melayu jika ditanya tentang nasi kandar pilihan mereka di Pulau Pinang. Mungkin lebih asli. Boleh dikatakan salah satu wajib cuba untuk penggemar nasi kandar.

#10 Burger Ayam Goreng NJoy

Burger Ayam Goreng Njoy
Tempat ini mula menjadi bualan orang beberapa bulan lepas. Tempat yang dimaksudkan adalah gerai burger yang terletak di Jalan Permatang Damar Laut, Bayan Lepas.
Burger yang cukup istimewa unutk mereka yang ingin mencari burger yang unik. Kalah burger di Kuala Lumpur?

#11 Nasi Ayam Misai

nasi ayam misai
Mungkin ada yang akan tidak setuju. Tetapi bagi kami, kedai ini adalah satu tempat patut anda terjah untuk merasai nasi ayam yang unik. Anda pasti akan suka. Kuah kicapnya memang unik dan kami suka menghirupnya. Kedai ini terletak di Kompleks Bukit Jambul.
Nampak simple tetapi percaya kepada kami, ianya sedap. Sesiapa yang pernah cuba, bantu kami komen dibawah. Apa pendapat anda tentang kedai makan ini?

#12 Sani Char Koey Teow

Sany char koey teow
Kedai ini tidak jauh daripada Pesta Pulau Pinang, iaitu kira-kira 2-3 kilometer sahaja. Untuk lebih tepat, tanya sahaja di mana tokong ular berada. Kedai itu memang sangat berdekatan. Sani Char Koey Teow boleh dikatakan antara brand yang terkenal kalau dikaitkan dengan Char Koey Teow.

#13 Ilyana Cafe, Teluk Kumbar

Ilyana Cafe
Untuk mereka yang mencari sedikit kelainan, kedai makanan ini bolehlah anda terjah. Pelbagai masakan boleh anda pesan seperti ikan bakar dan menu-menu unik. Antara tempat makan yang kurang diketahui orang.
Antara cadangan untuk makan di sini adalah Mee Udangnya, Ketam Masak Cabai, Kari Kepala Ikan

#14 Astaka Padang Brown

adang Brown Celop-celop
Padang Brown
Astaka ini pula untuk mereka yang mencari tempat makan keluarga pada waktu malam. Jika anda ke sini, antara menu yang boleh dicuba adalah supnya. Wah, sedap! Terletak di Jalan Anson & Jalan PerakGeorge Town,Pulau Pinang 10450
Selain itu, anda bolehlah makna secara berjemaah celop-celopnya.

#15 Mee Pitchay

Padang Brown
Untuk mereka yang sukakan masakan bentuk gorengan, astaka Medan Suri Sungai Nibong antara tempat yang anda boleh kunjung. Boleh dikatakan tempat makan untuk peminat mee goreng mamak. Mee rebus antara menu yang disyorkan.

#16 Nasi Kandar Beratur

Nasi Kandar Beratur
Ini adalah antara tempat makan ‘legend’. Berdasarkan nama,kami pasti anda sudah boleh mengaggak kenapa ianya patut dikunjungi. Tempat makan nasi kandar yang patut dicuba.
Tempat makan ini letaknya di Jalan Masjid Kapitan Keling. Betul-betul terletak di sebelah Masjid Kapitan Keling. Nah alamat lengkap “Jalan Masjid Kapitan Keling, George Town, Penang 10300”.

#17 Roti Bakar Transfer Road

Roti Bakar Transfer Road
Roti Canai Transfer Road
Tempat ini patut dikunjung untuk mereka yang mencari tempat makan sarapan yang menarik. Menu yang boleh dicuba adalah ‘Roti Bakar Telur Goyang’. Melihat gambar rasanya sudah menceritakan betapa enaknya apabila makanan ini masuk ke dalam perut.
Jangan sekadar mencuba roti bakarnya, menu utama roti canai wajib anda cuba. Memang berbeza dengan kuah kepekatannya yang biasa anda pernah makan.
Bagaimana 17 senarai tempat makan sedap di Pulau Pinang ini? Apa pendapat anda? Anda ada cadangan lain? Jangan lupa share ya, apda rakan-rakan anda.Manalah tahu mereka mencari tempat makan menarik patut cuba di Pulau Pinang. -Saji.my

Tempahan CNY 2017

Promosi 15% tempahan online dan 10% walk in masih berjalan seperti biasa. call kami 019-7325454 untuk maklumat lanjut.

kereta sewa penang, penang car rental, penang tourism, rental car penang, tempat menarik di penang, kereta sewa di pulau pinang, penangtrip, penang car rental rate, penang car rental airport, penang hire car, sewa kereta di penang, perodua axia, axia for rent, axia untuk disewa, makan sedap penang, nasi kandar line clear,airport penang, batu ferringhi hotel.
Untuk tempahan bersempena CNY 2017 ini, kami ada buat lagi satu promosi 20% jika menempahnya sekarang. Minimum sewa adalah 2 hari. Yang tak bestnya, semua MPV sudah habis ditempah..